Friday, September 26, 2014

Review : My make up everyday

Assalamualaikum ^^



Memandangkan isi kandungan blog aku pon macam hidup segan mati tak mahu je, aku rasa macam nak hidupkan balik. Dah la segala entry berzaman yang hado aku dah delete, tinggal belas belas entry yang hado je. Kesian blog aku. Kesian.

Tajuk atas tu macam aku akan buat review in english kan. Tapi cuba lah baca kalau aku review in english, entah ape ape. Huuu nasiblah tak berseni kan. Haha. So bahasa melayu okey. 

Okey, bismillah. Mari kita mulakan review dengan gambar alat alat solek seharian aku. Kalau rajin punyer alat solek. Kalau tak rajin makanya no makeup at all. 



Tu bekas make up aku yang tak seberapa sob sob. Eh, ter ada sikat dengan deodorant. Ampun T_T


Eh lupa nak explain , make up aku biasa biasa je, ikut badget hidup la kan. Takde lah gah ya ampun memandangkan aku ni sederhana je. Jangan nak berlagak kaya pulak ! Lagi satu, alat make up aku takde mascara, eyeshadow. Sebabnya tak minat, kalau pakai mascara nanti die melekat dekat cermin mata time aku bukak tutup mata. Eyeshadow pulak sebab aku pakai cermin mata, mane nak nampak pon pakai eyeshadow bagai. Membazir haha.




First :
Floral water beauty by fereena beauty care


My favourite face mist ever. Cewahhh. Siries aku cakap beb. Takde tipu tipu dalam hal ni. Ekceli aku dapat face mist ni pon sebab aku join mcm giveaway la dekat instagram. Ownernya dah la lawa,jeles haaaa. . Memang lompat lompat aku time tu. Rezeki rezeki. So, aku cuba la sembur sembur kat muka. Perhh siries aku cakap, sejuk je muka, dah la bau munge mangi mangi. Ish memang best betul. Lama pakai tu muka jadi lembap, eh muka aku memang extremely berminyak. Tapi bila ko pakai bende ni, die macam lembap tapi mcm halus walaupun muka aku tak jadi putih or flawless amat sebab ade je jerawat dekat muka tapi mcm eh taktahu nak explain camane. Yang pasti aku memang suka. Dah nak habis dah tu, nanti nak order lagi. Aku bagi 5 bintang ! 

Boleh dapatkan dekat favourite instagram : @floralbyyaya


Kedua :
Biore UV perfect face milk


Lepas sembur sembur muka dengan floral water beauty tu, aku apply pulak bende atas ni. Yang ni pon best sangat sebab muka aku yang extremely berminyak tu dikaver balik dengan face milk ni. Face milk ni bagus untuk kulit yang berminyak. Die akan kawal minyak dekat muka korang tu. Texture die mcm susu. Cair je warna putih tapi before nak apply silalah goncang goncang botol tu bagi sebati okey. Lepastu dap kat muka terus sapu sebati. Jangan tunggu lama lama sebab die cepat menyerap. Feeling pakai die mcam pakai bedak. Lembut je. Aih suka lah !Aku bagi 5 bintang!

Boleh dapatkan dekat watson/ guardian.


Ketiga :
Natural mineral loose powder by elianto
Brush powder by elianto



Loose powder ni memang best. Sebab yang aku pakai ni jenis yang matte. Maksudnya, untuk kulit berminyak. Memang tu la masalah muka aku -.-.... So, kalau pakai this loose powder, die takkan menyumbatkan pori pori muka korang, n memang sesuai untuk kulit berminyak. Ada satu jenis lagi dekat elianto for normal skin, packaging dia lawa. Aku suka. Aku bagi 4 bintang !

Boleh dapatkan di elianto outlet.


Keempat :
Dherbs celak arab
Avon eyebrow dark brown


Ni eyeliner dan eyebrow yang aku pakai. Pakai eyeliner kalau rajin time mata okey ke, sebab selalu aku suka garu mata. Pastu garu dengan bangga, dah bangga baru teringat ade pakai eyeliner. Time tu aku rasa nak cepuk je sape yang ada sebelah aku. Horror gila aku kan ? Haha. Okey eyeliner ni best sebab die pekat dan senang cuci. Dah sah sah produk Dherbs terlajak laris uolls hahaha. Eyebrow tu pulak aku taktahu best ke tak sebab aku maen kaler kaler je kening aku ni. Asal ade kaler coklat sikit dah lah. Aku bagi untuk dua bende ni 3 bintang !

Boleh dapatkan di stokis dan di avon outlet.


Kelima :  
Elianto lipstik
Dherbs Collogen Treatment Lipstik



Dua lipstik ni memang win ! Lipstik dherbs tu memang merawat bibir kita. Kalau bibir kering, kehitaman in shaa Allah akan okey sikit sikit. Die melembapkan dan mengurangkan kekusaman bibir. Betul, tengok dalam tv tu pakcik pakcik pon muncung je tunjuk bibir. Haha. Selalu aku akan pakai lipstik dherbs ni dulu lepas tu dap dap lipstik elianto. Lepastu warna bibir jadi cantik. try la try la. Aku bagi 4 bintang !

Lipstik elianto boleh dapatkan di elianto outlet dan lipstik dherbs boleh cari di stokis berdekatan.

Huh, penatnyaaa. Padahal menaip je pon.So, ni lah dia review make up apa yang aku pakai. Memang ni je lah. Simple amat kan ? Better okey simple simple muahahaha. Kita suka. Hehe babai. Selamat mengeshare korang !






No comments:

.: ENTRY LAIN :.