Tuesday, December 2, 2014

Marilah mari tengok tutorial kakak

Assalamualaikum ^^


Kakak nak bagitahu ni, jom lah sokong kakak. Haha. Eh kakak tak masuk contest ape pon, bajet poyo je kakak ni kan. Rileks rileks jangan marah jangan benci, nanti kesian kakak. Huhu.

Baru baru ni, em takdelah baru, dah lama jugak lah kakak ada buat satu tutorial tudung, sebab ape kakak buat tutorial tudung ? sebab kakak gedik nak post so kakak post lah tutorial tu. Kahkahkahkah.
So, korang korang yang mana taktahu nak belit belit shawl korang, tak kisahlah shawl pendek ke panjang ke, ape ke, marilah tengok video tutorial kakak dekat youtube. Kakak taktahu lah korang paham ke tak, sebab entah la. Kalau tak paham konteklah kakak dekat instagram kakak. 

Kakak malu sebenarnya, tapi roommate kakak kate kalau kakak tak post video tu diorang taknak garukan tangan kakak kalau nyamuk gigit kakak. Eh hemm takdelah, kakak tipu je. Janganlah marah lagi ..... Marah lah tu





Kalau ada tersalah bahasa tersalah kata walaupun kakak tak berkata- kata langsung dalam video ni maapkan kakak ye.

Contact kakak dekat instagram : mizlih4





Monday, November 3, 2014

"1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan"

Assalamualaikum ^^


Maaf lah, masa ku dibuang begitu sahaja. Nak update blog malas, malas malas. Cemane la nak berjaya kengkonon blogger hebat. Haha, okey lah kakak nak join blogwalking ni.

Tekan banner kalau nak join.

Cepat lah join, kakak nak sambung buat assignment ni. Bai sayamss.


Friday, September 26, 2014

Review : My make up everyday

Assalamualaikum ^^



Memandangkan isi kandungan blog aku pon macam hidup segan mati tak mahu je, aku rasa macam nak hidupkan balik. Dah la segala entry berzaman yang hado aku dah delete, tinggal belas belas entry yang hado je. Kesian blog aku. Kesian.

Tajuk atas tu macam aku akan buat review in english kan. Tapi cuba lah baca kalau aku review in english, entah ape ape. Huuu nasiblah tak berseni kan. Haha. So bahasa melayu okey. 

Okey, bismillah. Mari kita mulakan review dengan gambar alat alat solek seharian aku. Kalau rajin punyer alat solek. Kalau tak rajin makanya no makeup at all. 



Tu bekas make up aku yang tak seberapa sob sob. Eh, ter ada sikat dengan deodorant. Ampun T_T


Eh lupa nak explain , make up aku biasa biasa je, ikut badget hidup la kan. Takde lah gah ya ampun memandangkan aku ni sederhana je. Jangan nak berlagak kaya pulak ! Lagi satu, alat make up aku takde mascara, eyeshadow. Sebabnya tak minat, kalau pakai mascara nanti die melekat dekat cermin mata time aku bukak tutup mata. Eyeshadow pulak sebab aku pakai cermin mata, mane nak nampak pon pakai eyeshadow bagai. Membazir haha.




First :
Floral water beauty by fereena beauty care


My favourite face mist ever. Cewahhh. Siries aku cakap beb. Takde tipu tipu dalam hal ni. Ekceli aku dapat face mist ni pon sebab aku join mcm giveaway la dekat instagram. Ownernya dah la lawa,jeles haaaa. . Memang lompat lompat aku time tu. Rezeki rezeki. So, aku cuba la sembur sembur kat muka. Perhh siries aku cakap, sejuk je muka, dah la bau munge mangi mangi. Ish memang best betul. Lama pakai tu muka jadi lembap, eh muka aku memang extremely berminyak. Tapi bila ko pakai bende ni, die macam lembap tapi mcm halus walaupun muka aku tak jadi putih or flawless amat sebab ade je jerawat dekat muka tapi mcm eh taktahu nak explain camane. Yang pasti aku memang suka. Dah nak habis dah tu, nanti nak order lagi. Aku bagi 5 bintang ! 

Boleh dapatkan dekat favourite instagram : @floralbyyaya


Kedua :
Biore UV perfect face milk


Lepas sembur sembur muka dengan floral water beauty tu, aku apply pulak bende atas ni. Yang ni pon best sangat sebab muka aku yang extremely berminyak tu dikaver balik dengan face milk ni. Face milk ni bagus untuk kulit yang berminyak. Die akan kawal minyak dekat muka korang tu. Texture die mcm susu. Cair je warna putih tapi before nak apply silalah goncang goncang botol tu bagi sebati okey. Lepastu dap kat muka terus sapu sebati. Jangan tunggu lama lama sebab die cepat menyerap. Feeling pakai die mcam pakai bedak. Lembut je. Aih suka lah !Aku bagi 5 bintang!

Boleh dapatkan dekat watson/ guardian.


Ketiga :
Natural mineral loose powder by elianto
Brush powder by elianto



Loose powder ni memang best. Sebab yang aku pakai ni jenis yang matte. Maksudnya, untuk kulit berminyak. Memang tu la masalah muka aku -.-.... So, kalau pakai this loose powder, die takkan menyumbatkan pori pori muka korang, n memang sesuai untuk kulit berminyak. Ada satu jenis lagi dekat elianto for normal skin, packaging dia lawa. Aku suka. Aku bagi 4 bintang !

Boleh dapatkan di elianto outlet.


Keempat :
Dherbs celak arab
Avon eyebrow dark brown


Ni eyeliner dan eyebrow yang aku pakai. Pakai eyeliner kalau rajin time mata okey ke, sebab selalu aku suka garu mata. Pastu garu dengan bangga, dah bangga baru teringat ade pakai eyeliner. Time tu aku rasa nak cepuk je sape yang ada sebelah aku. Horror gila aku kan ? Haha. Okey eyeliner ni best sebab die pekat dan senang cuci. Dah sah sah produk Dherbs terlajak laris uolls hahaha. Eyebrow tu pulak aku taktahu best ke tak sebab aku maen kaler kaler je kening aku ni. Asal ade kaler coklat sikit dah lah. Aku bagi untuk dua bende ni 3 bintang !

Boleh dapatkan di stokis dan di avon outlet.


Kelima :  
Elianto lipstik
Dherbs Collogen Treatment Lipstik



Dua lipstik ni memang win ! Lipstik dherbs tu memang merawat bibir kita. Kalau bibir kering, kehitaman in shaa Allah akan okey sikit sikit. Die melembapkan dan mengurangkan kekusaman bibir. Betul, tengok dalam tv tu pakcik pakcik pon muncung je tunjuk bibir. Haha. Selalu aku akan pakai lipstik dherbs ni dulu lepas tu dap dap lipstik elianto. Lepastu warna bibir jadi cantik. try la try la. Aku bagi 4 bintang !

Lipstik elianto boleh dapatkan di elianto outlet dan lipstik dherbs boleh cari di stokis berdekatan.

Huh, penatnyaaa. Padahal menaip je pon.So, ni lah dia review make up apa yang aku pakai. Memang ni je lah. Simple amat kan ? Better okey simple simple muahahaha. Kita suka. Hehe babai. Selamat mengeshare korang !






Wednesday, September 24, 2014

Kolej Perkembangan Awal Kanak Kanak

Assalamualaikum ^^






Mulakan hari dengan senyuman semua ya. Petang petang camni goreng pisang dengan air teh o panas sedap nih. Ayoyoyoyo lapar nyer perut. Huuuu

Dah dah menyemak mukadimah hari ni, Ampun yaaa. Semenjak baru daftar belajar laen ni, tup tup baru daftar 4 hari dah cuti pulak. Haish rezeki la gitu ye dok? Kolej perkembangan awal kanak kanak bukit merah tempat aku belajar. Ramai tak tahu, kenapa ? Korang tak pernah nak amek tahu la jawapannya. Ciss. Dah sah sah aku amek kos pendidikan awal kanak kanak. Takkan amek kos kulinari pulak -,-.. K tak lawak.

Em, memandangkan baru 4 hari daftar pastu cuti sebulan, so aku tak dapat nak explain more tempat aku belajar nih. Yang boleh aku bagitahu, tempat dia okey la, hotel yang dijadikan kolej. Cenggitu. Bilik hostel adalah bilik hotel ye anak anak. Jakun gila aku dalam bilik ada toilet, pantry, besor bilik besor besor.

Ape lagi ek, em kelas pon bilik hotel jugak, semua hotel! Lepastu dekat depan kolej ada clubhouse. Kalau korang tak mandi dari pagi sampai malam ke boleh lah pegi clubhouse tu mandi kolam, jangan risau pelajar kolej tak pyh bayar sebab nanti kolej bayarkan. Tulis nama je hahahaha. Eh, sana ade tempat makan no worries. Tapi aku tiap saat lapar -.-








Atas nih antara painting dekat dinding area kelas. Aku malas nak snap segala. Malas. Errrr. So far, in shaa Allah best. 


* Saje je nak update walaupun . Nanti nak cerita banyak pasal life dekat sini. Nanti tau

Friday, May 30, 2014

Tema Blog Hello Kitty (short updated)

Assalamualaikum ^^




Just a short update. Omagadd. Comelnya tengok blog sendiri. Hehe. Alhamdulillah, disebabkan join segmen ni. Blog aku da bertukar jadi comel ya amat amat. Dah bersyukur sangat da ni. Thanks again fifi buatkan blog akak comel camni. Walaupun songeh akak ni banyak jugak. Hoho

Ya, aku memang minat giler hello kitty. Aku rasa start masuk belajar dulu entah camane naluri aku terus melampau dekat hello kitty. Stress pulak aku, kang ingat aku kanak kanak pulak. Hello, tak semestinya kanak kanak je minat, aku ni dah pangkat mak budak pon minat. Haha melampau kan? 

Errrrrr kisah pulak ? kikikiki. Bukan setakat tema blog je , wallpaper laptop, laptop, kasut, bantal, make up box, tabung, wall sticker. Yang lain semua pink. Haih layankan jela labu. 

Penutup. Kalau nak blog omey omey macam aku aku bermohon supaya korang usha dulu blog fifi. Dah berkenan ape lagi, gunakan lah khidmat beliau. Sebab dia ada buat khidmat  full blog edited. Dah macam khidmat masyarakat pulak ish.  Harga amat berpatutan tau. Yeaaa suka tak? 

Dah, tunggu ape lagi tu? 





Wednesday, April 16, 2014

L I F E

Assalamualaikum ^^


Kau dah kenape tertunduk malu? 

Weh weh miracle giler aku update blog ni. Rasa macam nak kunyah kunyah je laptop ni. Errr rileks lah weh, setakat laptop tu ape lah sangat. Haha. Aku rasa semakin umur berusia ni aku rasa aku semakin feeling tua tua. Contoh, korang tengok lah aku punyer blog. Dulu bukan main comel giler blog aku tapi naluri aku dah tak berkenan pulak. Tu yang jadi simple giler tu, memang giler dah aku tengok. Takpe takpe, tenang sikit hati aku tengok bende simple simple ni. Ngehehehehe.

Life aku masa dekat kolej dulu sama je. Macam takde life. Maksud aku bukan takde yang macam entah pape tu, ni contoh okey pepagi kalau ade klas haruslah bangun mandi, siap siap nak pegi kelas, lepas habis kelas masuk bilik lepas tu keluar beli makan, lepas tu tidur, lepas tu basuh baju lepas tu tidur balik barulah study. Haaa macam tu la life aku kat sana. Walaupun macam tu, tapi aku digembirakan dengan kawan kawan yang ohsem. Terus hidup aku ade life. Apekah?

Sekarang aku tengah cuti semester dalam sebulan lebih. Lepas tu masuk semester 3. Last semester tuu tapi tengoklah aku malas nak cerita. Haha. Pengalaman semester 1 dengan semester 2 sangat berbeza. Kau rasa macam eh ape ni laen ni, kau belajar ke maen lari lari? Nampak tak kelainan?

Contoh kelainan satu. Dulu memula kau masuk belajar macam alahai baik giler aku. Pijak unta pon tak rasa ape ape. Tapi sekarang amboiii macam kolej tu keluarga kau punyer. Haaa tu baru satu.

Contoh kelainan dua. Kalau dulu kau tak masuk kelas seminggu pon kau rileks je. Eleh ape lah sangat seminggu tu, kejar je eh dah masuk pale hotak dah sume subjek kau belajar. Eh, miracle kan ? Tapi sekarang kau try buat! Baru sehari kau tak datang kelas, ya ampunn macam sebulan tak masuk kelas. Ape ke bengap sangat pale hotak aku ni ? Hah sekarang baru kau tahu !

Contoh kelainan tiga. Hah ni aku pelik, pelik sangat ni. Sepatutnya dulu kau mesti kalau nak shoping jenjalan mesti kau heaven, tapi tak pon . Sekarang amboiii melampau keluarnya. Sehari sekali tuuu, ape nak jadi???

Dah la tu kelainan, yang sama pon ade. Yang samanya haruslah dekat kelas pastu kat bilik aku lah manusia yang paling tua. Errrghhhhh kau rasa macam mak mak sangat kat dalam tu -.-

Aku rasa baik korang tengok je gamba ape aku nak post, nanti korang muntah darah pulak bace aku membebel ni, kalau bernas takpe jugak ye dok??

Level 1 --


Roommate aku tapi sorang lagi duk tido dalam bilik, kitorang memang kaki jalan 


Time ni nak sambut hari kebangsaan dekat pavilion


Sempat jugak, dah tu kau nak tengok je?


Cantik giler miss time ni sebab selalu g kelas tanpa sebarang make up, ecewahhh

Level 2 --


Style tak gamba dekat tepi toilet?


 Kitorang kan kaki jalan, kan dah kate suke jalan!


Dekat UPM tak silap aku, ade karnival gasing. Best hokeyyy walaupun gasing tu pusing pusing




Charity baazar dekat kolej, lecturer aku pu sufian, pu hafiz dengan pu salman


Roommate level 2


Sayam korang sangat sangat


Classmates aku sume cecantik, kau hado?




Tu lah buktinya aku ni blogger. Tapi yang hado



Rindu blog sangat sangat. Rindu kawan kawan sangat sangat. Jangan lupakan akak tau sayam semua. Miss u miss u 



Friday, January 3, 2014

Program Projek Iqra' Untuk Tahun 2014

Assalamualaikum ^^


Entri pertama untuk tahun baru 2014. Yeayy, alhamdulillah Allah panjangkan umur ni untuk melangkah ke tahun baru yang makin mencabar ni. Sedar tak sedar umur aku pon dah masuk 22 tahun tapi belum lagi, bulan 9 nanti. Hee,makin "HAKAK" lah aku kat IPB tu T_T

Nak dipendekkan cerita, aku nak cerita ni pasal Projek Iqra'. Aku adalah salah seorang Sahabat Iqra'. Aku mula daftar time pegi event BLOGRRR bulan lepas. Hee, kenapa aku tertarik nak daftar? Alkisahnya lepas aku dengar akak sorang ni cerita pasal projek iqra. Tapi kalau nak diceritakan kat sini memang panjang. Hehe. 


Okay, dekat bawah ni adalah antara program yang bakal dilaksanakan oleh Projek Iqra' untuk tahun 2014. InsyaAllah, aku akan join kalau takde hal . Hee


Projek Iqra' juga mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya penaja, sukarelawan, koordinator dan sebagainya untuk menjayakan lagi semua program program yang diadakan. 


Okay lah, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Projek Iqra yakni menjadi Sahabat Iqra', korang boleh lah mendaftarkan diri dengan bahagianya dengan tekan dekat bawah ni ye. 

Laman web P I: DAFTAR (TEKAN SINI)



Kalau dah siap daftar, ape tunggu lagi! Korang haruslah mengeLIKE, memFOLLOW, mengRETWEET, mengSUBSCRIBE page Projek Iqra' di semua laman sosial yang ada k !





Sampai sini ajelah kite ye . Semoga korang mendapat manfaat dari menJOIN Projek Iqra' !
Till then babai 


Sunday, November 3, 2013

I'm Back !!!!!!

Assalamualaikum ^^


Bayangkan last entri on 12 December 2012. Hoi dah nak dekat setahun dah kau tak update blog wehhhh. Memang pemalas giler even takde sape bace blog kau kan Maliha! Huhu. 

Alkisah pada 27 Mei 2013 lalu, aku telah selamat menyambung pelajaran di Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur. Time tu memang rase taknak g mane mane. Aku mane penah g jauh jauh tanpe mak. Sentap iolls tau ! Huh, tapi perjalanan mengejar cita cita harus diteruskan. Cewahh cita cita sangat! Sampailah harinyer, pergi daftar, cotcetcotcet selamatlah ! :'( sedih bak hang mak abang hantar pastu semua balik tinggal aku berorientasi kat sane. Hmmm, sabar. 

Eh, roomates aku sem 1 sangat best ohh. Semua adik adik. Al maklumlah aku tersesat terlebih umur. Haha. Classmates pon ohsem. Masuk kepala. Hmm, rindu korang sangat sangat. Tak boleh ganti keohseman korang tu.

Zakila, Syahila, aku, Hasnieda

Rakinah



 Classmates ohsem. Ya Allah rindu

Time presentation

Tu sebahagian kengkawan intake jun 2013. Sekarang aku dah masuk sem 2, roomates dah bertukar, classmates lagilah bertukar. Classmates campur intake april, jun dan julai 2013. Huuu, harap semua boleh bagi komitmen yang sangat ohsem ye classmates.

Aku ambik kos LCCI. Tahu tak ape tu LCCI? LCCI tu London Of Chamber Commerce and Industry. Senang cite kos akaun. Hah, dah nak akhir ayat baru nak gempak cerite ambik kos ape. Ntah ape ape lah aku ni..

K tension. Bai

AKU RINDU KORANG SEMUA :'(


Wednesday, December 12, 2012

Baju Kelab Blogger Ben Ashaari.com

Assalamulaikum ^^



Entry pendek just nak share pasal baju Kelab Blogger Ben Ashaari.

Seperti yang tidak dijangka, semalam baju tu telah selamat sampai di rumah daku. Alhamdulillah. Hensem jugak abang poslaju tu. Hukhukhuk. Cantik weh baju tu. Tak caye ? Meh tengok meh.

Pandangan depan dan belakang baju

Cantik kan ? Warna baju daku pilih warna purple. Dah try semalam dan sangat selesa lah. Time kaseh time kaseh.

Eh, korang dah oder belum ni? Ayoyoyoy, ape tunggu lagi. Pegi cepat lelaju kat SINI untuk mengorder dan dapatkan maklumat lanjut. Bai lebiu ollssssss. -.-


Thursday, November 22, 2012

Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan Nixoderm

Assalamualaikum ^^

Helo helo kitty ! Hey.. Huh, merepek di pagi hari. Oke bagi penduduk blog or sesape yang merana dengan jerawat yang errrgghhh menghantui diri korang tu, janganlah bimbang kerana produk ini boleh membantu ! InsyaAllah. Nampak tak ketegasan dalam penulisan tu ? Oke guddd anak anak sekalian. Ohh ye, daku jugak mengalami perkara yang sama sejak beberape tahun bulan lalu. Sangat tension bile pandang muka kat cermin tengok bengkak bengkak, merah merah, parut bertimbun. Huh, sedihnyer daku. T_T. 

Tak percaya ? Klik SINI. Tapi time tu ade la 2 ketul jerawat besar, but lately ade banyak ! Banyak oke ! So, dengan rase putus asa dan terseksa, daku gigih berusaha nak cari penyelesaian hebat . Banyak produk daku dah guna, tapi tak berkesan untuk muka daku. Antaranya tengok bawah ni :



Oke, 2 produk jerawat ni tak sesuai untuk muka daku. Bukan tak elok ye. Tak sesuai. Mungkin korang sesuai guna produk ni. Kn kn ?

So, tanpa berputus cinta asa lagi, daku try pulak produk ni. Eh, alhamdulillah. Berkesan !

Nixoderm. Ohsemm sgt. Btw, pack dia sangat comel. Ade yang besar tapi first nak try beli lah dulu yang kecil kn ? Harge dia dlm rm4.90, yang besar dalam rm8.90. Daku beli dekat Guardian. Ade yang kate takde dekat guardian tapi daku beli ade. Hee, kalau takde, korang cari dekat farmasi. Kompem ade.

 Daku baru try seminggu, alhamdulillah berkesan. Jerawat dah semakin menghilang. First pakai korang akan rasa pedih sikit jek dekat jerawat korang tu, tapi korang kene ikut arahan dalam pack ni dulu ye. Sebab after a week pakai korang perlu stop untuk 3 days. Then apply again for a week n so on. 


Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Lagi ohsem plus plus. Ni pencuci muka ye. Daku dah try about a month n the result is so good ! Hehe, Texture dia sangat lembut mcm losyen dan takde buih tau. Pakai mula mula rase mcm ape bende yang daku letak kat muka ni? But lama lama sangat best untuk kulit muka daku. Review yang daku dapat bila pakai ni ialah boleh kurangkan penempatan jerawat dan dapat menghilang parut parut gedik jerawat yang ade kat muka. Haha

Produk ni boleh beli kat Guardian jugak dan harga dalam rm30.90. Ade yang rm54.90 but that is for normal to oily skin. Daku beli harga tu lah. 

Nak tunjuk bukti tapi bluetooth laptop dah giler dan usb pun hilang. So, nanti nanti la ye. haha.

Korang korang, korang pakai produk ape ???? Jom la kongsi ... :D

Sunday, November 18, 2012

Baby Fruit Saya

Assalamualaikum ^^

Setelah genap 4 bulan daku tak update blog, alhamdulillah hari ni dapat jugak meng-update ehekehek. Alkisah nyer laptop daku telah mengade ngade nak sakit pulak. So 'dia' telah dihantar ke klinik laptop untuk diubati. So setelah 4 bulan baru dia sembuh. Lame betul sakit ! Runsing daku. 



Oh this is budak paling kiut plus paling nakal. Geram ohhh bile ade. And her name is Yasmin Hanani. Gelaran dia minmin boboiboy. Haha. Peminat setia boboiboy wehhh. Tengok sini time dia kecik.


This also budak kiut plus gedik. Eh lelaki plak yang gedik kan ? Really ! His name Muhamad Adib Danish. Gelaran dia kidip. Eh memacam lah kan .Tengok sini time dia kecik.

Ni la budak kecik yang menyemarakkan suasana keluarga. Yang lain sume dah besar, tak besh wooo main ngan orang besar ! Tetttt. Bai

Friday, July 13, 2012

SWATCH ! Entry Bergambar

Assalamualaikum ^^

Dah rasmikan jam niy dulu . Kene dengan kulit aku. Pandai pilih ye.



Entry kali niy untuk mengucapkan berjuta juta time kaseh kat kawan aku yang sanggup hadiahkan jam niy untuk aku. Terharu sangat rase. Jam niy paling mahal yang pernah aku ade. Harga jam niy RM245. Paling mahai jam aku tu harge dea rm19.90. Beza sangat ! Ya Allah.  Sangat rase bertuah dan bersyukur sebab sanggup belikan mahai mahai macam niy. Seap poskan sekali.

Hey kamu. Terima kasih banyak banyak. Tak terbalas rasenyer ngan pemberian niy. Suke giler jam niy. Selesa sangat sangat !

.: ENTRY LAIN :.